Language Usage (malay)

 

hijab

Salam kesejahteraan,

Perbincangan pada kali ini akan diutarakan menggunakan bahasa melayu.

Tahukah anda perbezaan di antara ‘sahabat’ dan ‘kawan’? Pernah terfikir perbezaan penggunaan perkataan ‘wanita’ dan ‘perempuan’?

Sebenarnya, perbezaannya sangat ketara. Bagaikan langit dan bumi. Sebagai seorang anak melayu, kita harus menggunakan bahasa melayu yang betul. Benar cikgu zul?;p Sebelum kita teruskan, inginku terlebih dahulu meyusun sepuluh jari jika terdapat kesalahan fakta mahupun bahasa di dalam perbincangan ini, kerna sesunguhnya ku masih di bangku persekolahan hidup.

Terdapat banyak( ya, perkataan ‘banyak’ boleh digunakan untuk manusia)perempuan di dunia ini. Tetapi, wanita-wanita yang diidamkan dunia hanya segelintir. Semua wanita merupakan perempuan. Tidak semua perempuan wanita. Seorang wanita tidak selalu melahirkan seorang wanita, tetapi beliau sering mendidik. Seorang perempuan tidak selalu melahirkan seorang wanita, tetapi dia sering dididik.

Jadi yang manakah lebih baik? seorang perempuan ataupun seroang wanita? 

Frasa “wanita idamanku” sudah memadai untuk menjawab soalan di atas. Sesungguhnya tidak pernahku dengar( kalau adapun, hanya segelintir) yang menggunakan frasa ” perempuan idamanku”.

Begitu juga dengan ‘sahabat’ dan ‘kawan’. Senang bagi manusia untuk menjadi kawan kepada yang lain. Susah bagi kita menjadi sahabat yang sejati. Setiap sahabat itu kawan. Bukan semua kawan sahabatku.

Sekian, terima kasih.

ditulis khas untuk ibuku, seorang wanita.

Advertisement

8 Responses to “Language Usage (malay)”

  1. syabas, halim, syabas. (:

  2. Assalamualaikum halym.
    Topik anda ini amat mencabar ya. hmm.. akan saya cuba untuk memberi idea ataupun pandangan saya tentang tajuk anda ini.

    ”Tahukah anda perbezaan di antara ’sahabat’ dan ‘kawan’?”
    Soalan anda yang pertama ini membuatkan saya berfikir sejenak. KAWAN & SAHABAT. Boleh dikatakan, saya seorang nya mempunyai ramai kawan dan suka berkawan.. Tetapi, dalam beribu-ribu kawan yang ada, amat payah untuk mencari atau mendapatkan seorang sahabat.

    Pada pendapat saya, sahabat ialah cermin bergerak kita. Sahabat akan menegur segala kesilapan atau benda yang tidak baik kita lakukan. Contohnya, si A memakai baju yang tidak sopan, kemudian sahabat nya menegur dengan cara yang baik berbanding dengan kawan yang akan memuji padahal dia sudah mengutuk di dalam hati..

    Sahabat juga seorang yang kita boleh mengongsi kisah duka dan gembira. Sahabat juga ialah seorang yang kita boleh percayai..

    Pernahkah anda mendengar ayat ini, KAWAN LAMA LAMA JADI LAWAN. tidak pernah pula saya mendengar untuk SAHABAT.

    Akhir kalam saya, SAHABAT IALAH SEORANG YANG MENEGUR KESALAHAN, BUKAN YANG MENGIYAKAN KESALAHAN ITU.

    Kedua, Pernah terfikir perbezaan penggunaan perkataan ‘wanita’ dan ‘perempuan’?

    Wanita & Perempuan? hmm.. pada pendapat saya, wanita ialah seorang yang sudah cukup umur, maksud saya, yang sudah dewasa. Perempuan pula, ia secara umum. atau mungkin, wanita untuk perbualan yang lebih formal, manakala perempuan tidak formal?? hmm.. saya pun tidak pasti. =)

    Pada pendapat saya, perempuan dan wanita tiada bezanya. seperti JEJAKA & LELAKI. apa yang saya tahu, jika JANTAN & BETINA, sudah mempunyai maksud yang lain..

    Saya rasa sampai disini sahaja kalam saya. ALLAHUA’LAM.

  3. kepada ailyana,

    pandangan anda memang bernas. Sebenarnya, jejaka lebih duganakan untuk lelaki yang kacak. Manakala gadis pula digunakan untuk perempuan yang cantik. Bukan begitu??

  4. hmm.. saya kurang setuju dengan pendapat anda. tetapi, lain orang lain fikiran bukan begitu? kerana, pada pandangan saya, bayangkan kalau anda terjumpa atau terlihat perempuan cantik, sudah tentu dalam hati anda “EH, CANTIK NYA PEREMPUAN ITU” saya tidak rasa anda akan menggunakan perkataan gadis.

    Dan, apa yang saya tahu.. Gadis dia lebih kepada perempuan yang masih VIRGIN/(DARA?), sebab, andai seorang itu berkahwin.. Kalau dia masih dara, haruslah ada sirih dara. bukan begitu? itu sebagai bukti dia masih gadis sunti. =)

    maafkan andai penggunaan bahasa melayu saya agak lemah. Maklum saja, masih di menengah lima. =) boleh juga saya berlatih menggunakan bahasa melayu yang baku di sini. O level tak lama lagi. hehe. oh ya, ALL THE BEST IN SP!=D.

  5. HaliMontel Says:

    Salam sejahtera sahabat,
    Topik yang anda bukakan kali ini sungguh menarik dan benar-benar membuat saya terbuka mata. Izinkan saya menyumbangkan sedikit sebanyak akal buah fikiran akan topik yang anda bukakan ini.

    Perkataan “PEREMPUAN&WANITA” mahupun “SAHABAT&KAWAN” sangat diketahui oleh ramai bahawa kegunaannya dari segi bahasa adalah untuk perkataan seerti/seiras, tetapi adakah perkataan yang dipilih untuk dijadikan sebahagian dari struktur ayat tertentu adalah pilihan terbaik? Ini yang dapat kita bandingkan bersama.

    Saya ada satu contoh yang mungkin agak relevan iaitu perkataan “KASIH&SAYANG&CINTA”. Ketiga-tiga perkataan tersebut sering diungkapkan apabila dikaitkan dengan emosi. Dari segi ilmu pengetahuan, kesemuanya berfungsi secara saksama akan tetapi nilainya yang amat berbeza dari tahap ke tahap. Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah tingkatan NILAI sesebuah perkataan. Mengapa saya menyusun perkataan “KASIH” dahulu? Adalah kerana ianya adalah sifat dasar bagi yang kedua selanjutnya. Dengan tidak langsung boleh saya katakan bahawa unutk mecapai “CINTA”, sifat “KASIH” perlu dipupuk di dalam dahulu. Ada banyak artikel atau coretan yang menyutujui dengan pendapat saya ini, salah satunya : http://alongwairnazz.wordpress.com/2009/01/29/antara-kasih-sayang-dan-cinta/

    Untuk tidak membosankan para pembaca, izinkan saya rumuskan dari prospek pandangan saya akan artikel yang disampaikan oleh empunya blog.
    Mesej yang ketara dapat kita cungkil disini adalah NILAI akan sesuatu perkataan apabila digunakan. Diantara “WANITA&PEREMPUAN”, “WANITA” sering digunakan untuk memperhalusi perbicaraan dan secara tidak langsung kita menaikkan darjat seseorang wanita tertentu. Akan tetapi bukan niat saya ingin mengatakan perkataan “PEREMPUAN” itu jahat atau kurang sempurna, sebaliknya ia beralih semula kepada konteks ayat yang ingin disampaikan. Secara lumrah, “PEREMPUAN” sering dikaitkan dengan perkara yang umum seperti yang dikatakan oleh saudari Ailyana.

    Sama juga akan perkataan-perkataan yang lain yang sudah disebut diatas seperti “SAHABAT&KAWAN” atau “KASIH&SAYANG&CINTA”. Yang penting, NILAI sesebuah perkataan itu yang perlu kita renungi bersama.

    Sekian,
    HaliMontel

  6. wahai haliMontel..
    Saya setuju dengan ungkapan anda tentang KASIH&SAYANG&CINTA!=D wahh. seperti sedang berbahas!

  7. kepada halimontel,

    wah, tak sangka sahabatku ini boleh berbicara. HAHA. Betul. Saya setuju. Cinta, kasih dan sayang mempunyai makna yang berbeza.Bukanitu sahaja, ku rasa ‘perempuan’ memang digunakan untuk sesuatu yang tidak baik. contoh, ” oi pompuan!”

    Tetapi. tahukah anda bahawa di sesetengah tempat jikalau seseorang perempuan dipanggil ‘betina’ ia merupakan pujian? Oleh itu, tradisi sesebuah tempat juga memainkan peranan yang penting

  8. HaliMontel Says:

    Ya benar, saya setuju akan faktor-faktor yang perlu kita teliti terlebih dahulu. Sebagai contoh, seperti semua maklum bahasa isyarat “OK” adalah dengan meletakkan hujung Ibu jari anda bersama dengan hujung jari telunjuk dan mengeluarkan tiga jari yang selebihan. Akan tetapi, jika kita menggunakan isyarat tersebut di Brazil, ia menunjukkan yang kita sedang memaki mereka dimana nilai nahasa isyarat “OK” bagi mereka adalah sama dengan megeluarkan jari tengah seperti di Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.